Kenyataan Media : Hentikan Segera Fitnah Jahat

21 03 2011

Kenyataan Penuh Blogger Zamankini

Saya dengan ini mengecam sekeras kerasnya satu lagi percubaan mengheret negara ke lembah kekotoran dan kelucahan melampau. Ini berikutan berita yang sedang tersebar pantas mengenai satu klip video seks 20minit yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Dato Sri Anwar Ibrahim oleh seorang yang sangat rahsia bergelas Dato T. (Mungkin Dato Tenuk).

Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tuduhan jahat ini.Sungguhpun saya tidak melihat video terbabit,namun terdapat beberapa perkara yang harus kita persoalkan. Pertama isu ini dibangkitkan ketika Dewan Undangan Negeri Sarawak di bubarkan dengan rasminya pada hari ini. Perbuatan ini mirip dengan taktik Sumpah Laknat Saiful Bukhari yang dibuat sehari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh. Perbuatan ini tidak lain tidak bukan satu muslihat politik yang licik.

Kedua video ini direkodkan berlaku pada sekitar 10 malam 21 Feb 2011 yakni sebulan lepas. Adakah logik bagi seorang pemimpin yang sedang di fitnah teruk dengan isu liwat,naik turun mahkamah dan sibuk dengan jadual harian yang padat selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,Ketua Umum PKR dan Pimpinan Utama Pakatan Rakyat untuk tiba tiba melanggan seorang pelacur cina di Ibu Kota. Ini tidak masuk akal.

Dato Seri Anwar telah menyatakan dengan terang dan jelas bahawa pada ketika tuduhan tersebut dikatakan berlaku,beliau berada bersama keluarga dan cucu cucunya di rumah.Beliau punya bukti kukuh  bahawa ini adalah fitnah terancang ke atas beliau.Sila baca di sini

Disaat fitnah liwat hampir hancur berkecai kerana percanggahan fakta dan kecacatan pertuduhan,adakah beliau ingin diseret sekali lagi ke lembah hina seperti ini?Tidakkah ini satu percubaan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Sarawak seterusnya Pilihanraya Umum ke-13?

Saya dengan ini menyeru supaya rakyat negara ini tidak kira bangsa untuk bersatu menentang pertuduhan jahat ini yang tidak lain ingin mengekang rakyat menuntut perubahan. sama sama kita berdoa supaya semua cubaan jahat seperti itu akan tumpas jua akhirnya.

Rakyat janganlah hilang fokus dengan isu isu sebegini.Fokus kita ialah menggempur Sarawak seterusnya Menumbangkan Barisan Nasional di Putrajaya. Sebarkan buku Jingga!

 





Bible Melayu Satu Ancaman?

18 03 2011

Salam Sejahtera semua.

Kita semua sedia maklum isu ini isu sensitif dan sedang menjadi polemik dalam negara. Tidak perlulah saya ulang kembali kronologi isu ini. Yang penting orang kristian menerusi pihak gereja memang tengah hangin dengan Kerajaan Malaysia (Baca: Kementrian Dalam Negeri) dalam menangani kitab suci agama mereka.

Dipihak Kristian mereka rasa terhina kerana Bible versi Melayu diperlakukan seolah olah bahan yang berbahaya. Di pihak Islam,ada yang menyuarakan kebimbangan dengan Bible Melayu ini. Persoalannya adakah Bible Berbahasa Melayu ini satu ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia?

Saya berpandangan Kita umat Islam perlu lebih terbuka. Lemah sangatkah akidah umat islam di Malaysia  sehingga rasa terancam orang Kristian baca kitab mereka dalam Bahasa melayu?Kenapa rasa terancam dengan Kitab agama orang lain?bukan dia paksa kita beli dan baca pun.Bukan die heret kita ke Gereja pun. Betul tak?Kat Sarawak dan Sabah umat Islam-Kristian hidup harmoni meskipun kitab Bible versi melayu dari Indonesia telah lama di gunakan di sana.

Bukankah mereka juga rakyat Malaysia?Bukankah kita nak bahasa melayu ini dipertuturkan oleh semua warga?Adakah bila Bible ada versi melayu,maka orang  Melayu akan pakat pakat murtad ramai ramai?Saya tak fikir begitu.Bukan semudah itu.Umat Islam bukan bodoh. Kita bukan lembu yang tak boleh berfikir.

Mungkin kerajaan takut orang Islam keliru. Takut diorang akan baca Bible ni dan jadi tertarik. Tu sebab sekian lamanya Bible bahasa melayu di Semenanjung ni memang susah nak jumpa.Ia bahan terlarang. Saya ni dulu aktif dalam perbandingan agama. Memang saya baca Bible. dan cuba mencari Bible berbahasa Melayu/Indonesia tapi tak jumpa jumpa.

Ramai sebenarnya umat Islam yang membaca Al Kitab Bible ini. Bukan tujuan mencari kebenaran tapi untuk tujuan study dan mencari hujah bagi mengukuhkan iman mereka terhadap Islam. Bible itu mengandungi hujah hujah yang terlalu banyak untuk Umat Islam membuktikan kebenaran Islam.

Kita kena ingat Bible ini sudah ada dalam 2000 bahasa dunia. Bible juga ada dalam bahasa Arab.tak peliklah sebab Kristian memang giat menterjemah kitab mereka ke banyak bahasa dunia.

Kepada pihak kerajaan dan golongan umat Islam, kita patut memperteguh kekuatan akidah umat Islam dengan mempertingkatkan penghayatan Islam di kalangan mereka. Tidak wajar kita memperkuat kedudukan kita tapi dengan cara menyekat hak dan kebebasan beragama umat lain di bumi Malaysia ini.

Sungguhpun di cop pada semua Bible itu “Untuk Orang Kristian Sahaja”, saya yakin orang yang ingin baca mesti akan beli juga. Sama macam Harakah yang tertulis “untuk ahli PAS saja”. Berapa ramai yang bukan ahli yang membeli akhbar tersebut. Saya tak rasa dengan membaca Bible, orang terus nak masuk Kristian. Bukan. Not that Easy. Rasanya bukan sebab Bible Edisi Melayu ada orang Islam murtad. Murtad ni berlaku lama dah. Banyak faktornya. Dan tak dengar pulak ia berlaku sebab baca Bible dalam Bahasa Melayu.

Perkasakan umat Islam dengan ilmu dan agama. Itu yang penting.Kalau nak ikutkan, Baca Bible menyebabkan umat Islam lebih bertambah keimanannya dengan agama Islam,dan bukan sebaliknya. Dan ini akan merancakkan lagi percambahan ilmu perbandingan agama dalam negara.

Apapun, mestilah ada kawalan dan peringatan pada pihak kristian untuk tidak menyalahgunakan Bible versi Melayu tersebut.Kepada Umat Islam, kebenaran sudah ada didepan matamu.Tidak usah lagi cari yang lain.

Nasihat saya hentikan polemik ini. Polemik macam nilah menyebabkan orang jadi lagi nak bertambah suspen untuk baca Al Kitab tu nanti. Mungkin saya pun akan beli satu. Tujuannya bukan untuk masuk Kristian,tapi untuk tujuan research dan perbandingan agama.

Apapun, Islam satu satunya agama di redhai oleh Allah SWT. Apa yang baik dari Allah,yang buruk dari diri saya sendiri. Semua kesilapan harap Allah ampunkan.

 

 








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.