Kali Ini Saya Sokong Pemuda UMNO

30 07 2010

Kerajaan baru baru ini telah memberi lampu hijau untuk para guru menyertai politik. Idea ini walaupun nampak baik, namun ia ditafsir berbeza beza oleh ahli politik dan juga rakyat bawahan.

Ada yang melihat polisi baru ini sebagai taktik kerajaan untuk memerangkap guru guru yang menjadi penyokong pembangkang.Sebabnya saya dimaklumkan sesiapa yang ingin berhasrat aktif dalam parti politik,beliau mestilah menghantar surat permohonan kepada pihak atasan (kalau tak silap jabatan setia usaha negara).

Bagi penyokong UMNO mungkin tidak ada masalah. Selama ini mereka relaks ja. maybe dengan kebenaran kali ini orang orang UMNO disekolah sekolah akan lebih agresif. Yang tak sedapnya penyokong pembangkang la. Adakah mereka patut minta izin melalui saluran baru ini atau teruskan aktif secara diam diam.

Mana lah tau Kerajaan nak perangkap. Tak pasal pasal kena tukar ke pedalaman.

Ramai pihak kini meminta kerajaan membenarkan bukan hanya guru untuk berpolitik, tapi juga seluruh kaki tangan kerajaan. Cadangan ini banyak disuarakan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat.Dan yang paling menarik hari ini saya terbaca satu berita bahawa, Khairy selaku Pemuda UMNO Malaysia telah meminta kerajaan supaya membenarkan juga mahasiswa dan pensyarah untuk aktif berpolitik.

Saya sokong idea pemuda UMNO ini!!!

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. — Bernama





Tanda tanda UMNO Hilang Kuasa Pada PRU ke-13 Semakin Ketara

18 07 2010

Hari ini akhbar pro-UMNO paling  popular (Utusan Melayu) telah dengan nyata dan terang mengungkapkan betapa mustahaknya PAS untuk bersatu dengan UMNO sebelum tibanya pilihanraya umum yang ke-13 tidak lama lagi.Belum reda lagi isu Naib Presiden UMNO menuduh PAS parti sesat,tiba tiba saja UMNO buat u-turn dan nak bergabung pula???tak ke gila babi tu (petik kata2 ustaz ismail kamus)

Mufti Perak yang kita kenali berkata, *orang melayu* bakal hilang kuasa politik pada PRU akan datang sekiranya PAS dan UMNO tidak bersatu. Benarkah begitu?

Saya selaku pemerhati politik dari jauh melihat isu ini dari satu sudut berbeza dari mufti Perak tersebut.Saya tidak bersetuju orang melayu bakal hilang kuasa. Tetapi saya pasti yang akan hilang kuasa ialah UMNO.

UMNO dilihat tidak pernah berputus asa untuk memujuk rayu PAS untuk bermuzakarah sejak tamat PRU ke-12 lagi. Gigi UMNO nampak lebih lembut dari lidahnya.Sudah beberapa kali UMNO bising bising untuk bermuzakarah dengan PAS.

Adakah pipi UMNO sudah begitu tebal?tidak malukah UMNO?Bukankah PAS telah berulang kali menyatakan ia akan setia bersama Pakatan Rakyat?PAS ternyata telah serik bersama UMNO. UMNO dulu pernah khianat PAS. PAS ditendang keluar  dari Barisan Nasional di zaman 70-an.

Saya nampak UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. PAS sekadar talian hayat bagi UMNO yang kian ditolak rakyat Malaysia. Tatkala mereka lemah mereka cari PAS,pujuk rayu PAS. Apa UMNO buat bila mereka kuat?Adakah kedengaran UMNO mahu bersama PAS?

Jelas sekali UMNO memperkuda isu melayu untuk survival politik mereka. Mereka membawa persepsi kononnya politik melayu akan hilang. Yang sebenarnya akan hilang ialah politik UMNO. Hayat politik pemimpin UMNO lah sebenarnya yang kian terancam.

Ikhlaskah UMNO?Kenapa hanya PAS sahaja yang dijemput? Kenapa tidak Anwar Ibrahim dan PKR?Jelas sekali ada udang disebalik batu.Bagi saya UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. Bukankah Nik Aziz dengan jelas berkata PAS bersedia bersatu dengan UMNO dengan syarat ubah dasar perkaumannya? Kenapa UMNO tak mahu ubah?

Pada pendapat saya, UMNO sedang berada dalam kebimbangan yang amat dahsyat. Perpaduan parti parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat dilihat sangat utuh. Tambahan pula populariti mereka semakin hari semakin kuat.

Ini menggusarkan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru mereka akan cuba menggugat dengan apa saja cara untuk memecah belahkan ikatan PAS-DAP-PKR.Cuba teliti ucapan ucapan Najib dan Muhyidin pada mesyuarat agung umno di seluruh negara baru baru ini.  Berkali kali Muhyidin mengingatkan ahli UMNO betapa pembangkang waktu ini bukan setakat saingan buat UMNO tapi satu ancaman.

Muhyidin meraskan proses perubahan UMNO berjalan perlahan.Berkali kali ia meminta ahli UMNO untuk mempercepat perubahan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO. Muhyidin juga membayangkan suasana politik negara kini sudah berubah semenjak kekalahan mengejut Barisan Nasional pada PRU ke-12 dua tahun lepas.

Oleh sebab inilah UMNO akan buat apa saja untuk memusnahkan pembangkang.Pakatan Rakyat dibedil hampir setiap hari.Pada satu ketika DAP akan diserang hebat. Bila tidak berjaya di belasah pula PAS cukup cukup. PKR pula dilanyak hampir setiap hari.Serangan ke atas Anwar pulak sudah tidak terkira banyaknya.

Inilah dia politik bankrap.rakyat khususnya orang melayu usah tertipu dengan permainan ini. Cukup cukuplah kita semua dipermainkan.Berilah Pakatan Rakyat peluang untuk mentadbir negara. Beranilah melakukan perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Malaysia Maju,Bersih dan Berkebajikan.





Musim Ahli UMNO Pula Lompat Masuk Pakatan

13 07 2010

Ihsan : Malaysiakini

Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati.

Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya.

Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas.

Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000.

Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang.

“Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.

Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS – masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir.

Dilaporkan sebelum itu bahawa Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu baru-baru ini.

Berikutan keputusan Umno untuk membubarkan 17 cawangan itu, kesemua cawangan yang terlibat pada 15 Julai lepas telah mendesak MT Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.

“Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana halatuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” kata bekas Naib Ketua Umno Bahagian Jelutong Syed Hussin Syed Mohamed.

Sebelum ini, Umno bahagian Jelutong mempunyai 42 cawangan dengan keanggotaan seramai 13,102 orang, dan selepas pembubaran itu ia kini mempunyai 25 cawangan.





Mood PRU ke-13 Kian Terasa

12 07 2010

Piala Dunia berakhir sudah. Sepanyol telah menang perlawanan kali ini. Paul situkang ramal telah dengan tepatnya meramal kemenangan Sepanyol dan semua perlawanan lain. Mungkin kebetulan kot sotong ni.Belanda mesti kecewa sebab kalah di saat saat akhir. Tapi nak buat macam mana.Itulah adat resam dalam pertandingan. Ada kalah menangnya.Memandangkan demam bola sudah reda,mari kita sorot berita politik negara kita.

Dalam dua hari ni UMNO begitu sibuk dengan Mesyuarat Agung Tahunannya di setiap Bahagian. Pemimpin pemimpinnya letih kesana dan kemari untuk jadi perasmi. Saya perhati Muhyidin dan Najib serta  yang lain lain tak habis habis bidas Pakatan Rakyat.

Muhyidin selalu berpesan,UMNO mesti bertindak pantas mengubah persepsi rakyat bandar dan luar bandar terhadap Barisan Nasional. Muhyidin kata senario politik telah berubah sejak PRU ke-12 dan ini disulitkan lagi dengan penguasaan Pakatan Rakyat atas beberapa negeri.

Beliau dilaporkan dalam Utusan seperti berikut :

Landskap politik yang berubah sejak pilihan raya umum lalu telah mewujudkan satu corak pemikiran agak kekal di kalangan pengundi, yang mana mereka tidak akan menyokong kerajaan BN lagi“.

Najib pula mintak UMNO jangan syok sendiri. Najib mengingatkan supaya UMNO tidak lingkup sebagai mana lingkupnya parti LDP di Jepun.Najib menggesa pemimpin dan ahli UMNO untuk melunaskan janji pada rakyat dan tidak hanya mendengar keluh kesah ahlinya saja.

Najib dilaporkan berkata

UMNO jangan jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri,” katanya sambil menyifatkan parti itu ditolak rakyat kerana gagal menyelami cita rasa dan kehendak rakyat.

Shafie Apdal pula ketika merasmikan mesyuarat UMNO di sekitar Selangor berkata UMNO ketinggalan dalam mendaftarkan pengundi baru berbanding DAP. Kata beliau bulan Jun saja, DAP mendaftarkan sekitar 13000 orang manakala UMNO hanya sekirat 7 ribu saja.

PAS pula baru habis retreat di Port Dickson. Retreat itu yang diadakan sebagai mempersiapkan parti menjelang PRU ke-13 menyimpulkan bahawa PAS tidak hilang atau susut peratusan undi melayu dan yang paling penting, PAS telah membulatkan tekadnya untuk merampas 60 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

PRU ke-13 dirasakan semakin hampir disaat UMNO-BN memperhebat serangannya ke atas pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat. Perlukah kita minta Paul si tukang ramal untuk membuat ramalan siapakah yang bakal ke Putrajaya pada PRU ke-13 akan datang?

sapalah buat gambar ni~








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.