RESPONS BALAS KEPADA ENJOYFAILURE

28 01 2010
Tahniah di atas karya penulisan yang menarik,bernas dan diluar kotak pemikiran konvensional. Buat pengetahuan saudara, saya faham tujuan penulisan saudara. Isi kandungannya saya mengerti. Memang benar bak kata pepatah inggeris failure is the best teacher.
Mereka yang sentiasa selesa dengan kejayaan tanpa pernah merasa gagal takkan dapat mengecap nikmat kejayaan. Seperti hal makan minum juga,kita akan rasa betapa nikmatnya kenyang ketika kita berasa sangat lapar. begitu juga dengan mesej kegagalan.Mereka yang asyik berjaya tanpa pernah mengecap rasa gagal  pasti akan terkedu tatkala kegagalan tiba tiba melanda.
Yang saya persoalkan ialah pendirian saudara Syed Haq yang saudara pernah nyatakan dihadapan saya bahawa masyarakat kampus perlu dididik supaya berani melakukan kegagalan. Bagi saya ini adalah kenyataan yang tidak betul dan saya tidak bersetuju sama sekali.
Mungkin benar,ramai tokoh tokoh berjaya sepeti Bill Gates dan ramai hartawan ternama dunia secara kebetulan adalah orang orang yang kecundang diperingkat universiti. Tetapi ini tidak bermaksud setiap mahasiswa perlulah menggagalkan diri mereka supaya kelak menjadi orang kaya,ternama dan hebat seperti Bill Gates!
Sebagai seorang EXCO MPP, anda sepatutnya mendidik masyarakat kampus supaya melihat kegagalan dari sudut yang betul. Gagal bukan akhir kepada segala galanya.Gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Gagal berkali kali juga bukan bereerti takkan pernah berjaya.Kegagalan ini sepatutnya membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah dimana kesilapan kita sebenarnya dan sejauhmana usaha kita untuk berjaya. Bukan itu sahaja, anda perlulah mendidik masyarakat kampus ini untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan kekuatan akademik mereka sekarang. Mereka perlulah melihat dan mengenalpasti dimana potensi potensi lain yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan.
Itu baru betul pada sudut pandang manusia yang normal. Tapi saudara mengajak semua orang untuk berani melakukan kegagalan. Ini kenyataan yang salah. Implikasinya pun negatif. Mana ada mana mana individu yang ingin sengaja menempah kegagalan. Malah orang yang kuat dan berani sendiripun tidak mungkin akan sengaja menggagalkan dirinya.
Jadi saya berharap saudara akan memperbetul sudut pandang saudara akan hal ini supaya mesej dan usaha murni saudara dapat diterima secara positif oleh masyarakat kampus. Lebih lebih lagi saudara membawa nama besar MPPUTP. Saya tak ingin penulisan saudara menjejaskan imej MPPUTP yang sudah sedia terjejas. Jadi saudara mesti ingat bahawa BERANI MELAKUKAN KEGAGALAN adalah tidak sama dengan BERANI BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN.kedua duanya membawa maksud dan implikasi yang jauh berbeza.
Jadi sebagai kesimpulan,saya memahami saudara mungkin masih baru dalam dunia penulisan. Kita semua belajar dari kesilapan. Saya juga begitu. Saya juga biasa dikecam dan dikritik hebat lebih lebih lagi bila menulis berkenaan politik dan juga pilihanraya. Teruskan menulis demi kebaikan seluruh masyarakat kampus.
Selamat maju jaya.




FOR THE READERS

27 01 2010

To  all my loyal readers,

I have just finished my Minggu Aluan Siswa (MAS) three days ago. It was so tiring but yet lot of fun with my new friends among the facilitators as well as the new Jan10 students intake.

I realize that there are a number of issues happen from both local and national level. I am really sorry for not being able to put my thought over those issues although I personally follow them all.But dont worry, I am going to be active again very soon in this blog.

UTP is now having internet problem once again. I cant use my own computer even after a number of  IP setting activities. So I got to use my rumate’s computer for many connection-based activities. Hope this issue can be resolved soon by our representatives.

From what I see, still many people do not realize about my transfer from http://zamankini.blogspot.com to http://zamankini.wordpress.com . When I check back my old blog, I realize people keep viewing the pages there. I would like to stress again that the blogspot will be inactive and most probably no post will be written there.

see you soon!





POST NO 10 : RESULT JULY 09

15 01 2010

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Seperti yang kita ketahui keputusan july09 sudah boleh disemak sekarang. Kepada sesiapa yang belum melihat keputusan mereka bolehlah berbuat demikian sekarang. sila klik link dibawah untuk lebih lanjut.

https://studentportal.utp-prism.my/studentportal/StudentLogin.aspx

Macam macam perkara saya dengar sejak sehari dua ni. Majoritinya merungut sebab keputusan mereka tidak berapa baik. Dengan kata lain, keputusan mereka merudum berbanding semester sebelumnya. Hanya segelintir sahaja yang mengatakan “alhamdulillah” diatas keputusan yang semakin baik. Sama samalah kita bermuhasabah di atas apa yang berlaku. Ambillah masa sejenak untuk memikirkan punca puncanya dan bersegeralah mencari penyelesaian. Apapun, tahniah kepada semua kerana berjaya mengharungi semester lepas yang saya kira mencabar bagi kita semua. Semoga semester ini kita akan diberi kekuatan baru oleh Allah untuk memperkasa keupayaan diri kita.





POST NO 9: Minggu Aluan Siswa 2010

13 01 2010

Minggu Aluan Siswa (MAS) 2010 akan bermula sabtu ini. Penulis kini terlibat dengan latihan bersama facilitator sebagai persediaan menanti ketibaan pelajar pelajar baru sesi 2010. Kemungkinan besar blog ini tidak akan ada post terbaru bermula hari ini sehinggalah tamat program tersebut.InsyaAllah MAS kali ini akan menjadi MAS yang kedua dan terakhir kali buat penulis.

Keputusan peperiksaan akan diumumkan tidak lama lagi. Penulis mendoakan para pembaca dikalangan pelajar akan mendapat keputusan yang memberansangkan.

sekian





POST NO 8: APA KHABAR MPP-UTP

11 01 2010

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Kita seringkali berbicara tentang isu isu nasional sehingga terlupa dengan isu kampus kita sendiri. Ha! Apa agaknya khabar MPP kita sekarang ya?

Sejak Pilihanraya kampus tamat kira kira dua bulan yang lalu, MPP sudah tidak diperkatakan lagi.MPP hanya dibahas,diperdebat,di kritik dan dibela hanya sepanjang tempoh berkempen sahaja. Pilihanraya bukan saja menjadikan MPP bualan ramai, tetapi turut melonjakkan nama satu lagi organisasi iaitu Rakan Masjid (RM). MPP seringkali dikatakan alat kepada RM. Inilah persepsi orang ramai. Jadi bila datang pilihanraya, nama RM melonjak naik dan dibual-kritik disana sini.

Persepsi ini tertanam/cuba ditanam sedalam dalamnya oleh golongan yang cuba membawa pembaharuan.Namun hakikatnya, sedalam mana pun ia, ternyata ia masih gagal menumbangkan calon calon yang dicop sebagai ‘diplomat RM’ ke kerusi MPP. Orang orang sebegini masih menang pilihanraya kampus.Tapi hakikatnya, MPP dan RM kembali dipandang sepi selepas sahaja PRK tamat.Suasana menjadi dingin kembali. Tidak ada lagi orang yang sudi membicarakannya.MPP mahupun RM  kembali disisihkan oleh masyarakat kampus.

Kepimpinan baru MPP dibawah teraju sdr Haniff Humam sedar akan keadaan ini.Beliau sedar bahawa tanggungjawabnya besar.Tugas beliau kini bukan sekadar memperkasa pengurusan MPP sebagai badan perwakilan pelajar, tetapi apa yang lebih mustahak ialah bagaimana untuk mengubah persepsi buruk masyarakat kampus yang begitu jelek terhadap badan tersebut. Itu yang saya kira paling penting untuk didahulukan. Mengurus dan mengikis persepsi.

Saya secara peribadi memuji Presidennya Sdr Haniff Humam atas komitmennya pada perubahan.Beliau sanggup berulang alik dari Johor ke UTP demi memenuhi tanggung jawabnya selaku presiden. Ini berlaku bukan sekali,tetapi berkali kali.Beliau terpaksa mengimbangkan antara tuntutan internship dan juga MPP pada masa yang sama.Saya difahamkan MPP bakal melakukan beberapa perkara penting atas nama perubahan.

Pertama MPP dikatakan mahu merubah namanya kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).Satu sumber menyatakan bahawa ini adalah bertujuan mengikut rentak kebanyakan IPT lain yang telah biasa menggunakan nama tersebut. Yang paling penting ialah supaya MPP-nama lama yang terpalit banyak kontroversi dapat dilupakan sedikit demi sedikit oleh masyarakat kampus.

MPP juga sudah bertukar ke Slogan Baru. Saya tidak ingat sudah berapa banyak slogan yang MPP hasilkan. Slogan mereka memang bagus dan sedap didengar. sebagai contoh bagi kepimpinan yang lepas, lepas mereka tampil dengan slogan ‘empowering evolution,bridging the gap,cohesiveness generates synergy (betulkan jika salah) dan lain lain.Hebat bukan! tapi apa natijahnya?adakah slogan slogan tersebut tercapai matlamatnya?biarlah saudara sendiri yang menjawab.

Apapun MPP kali ini telah memutuskan ‘pursuing togetherness’ sebagai slogan baru mereka.Jika diterjemah ia kira kira bermaksud ‘menggapai kebersamaan’. Mungkin MPP kali ini melihat isu perpaduan sebagai isu utama.Perpaduan pelajar sememangnya menjadi masalah dari dahulu lagi. Masyarakat kampus tidak pernah bersatu. Bukan sekadar local-foreigner, sesama local pun bermasalah. jadi baguslah sekiranya MPP mahu menyelesaikan isu ini. Saya sokong.

Dalam rangka usaha mengikis hubungkait RM-MPP, badan perwakilan ini dilihat mahu mengikis sebarang imej RM daripada ahli ahlinya,terutama sekali mereka mereka yang berada  dikerusi tertinggi.Mereka dilihat mahu bebas dari sebarang pengaruh RM. Tetapi jika dilihat dan diamati semula, beberapa figura MPP kali ini sudah jelas dan nyata dari RM.Seorang dari Majlis Tertinggi dan seorang dari kerusi EXCO.Bagaimanakah ini mungkin terlaksana?adakah mereka  mereka ini akan dilarang berkopiah mahupun bertudung labuh selepas ini?Sama sama kita lihat nanti.

Apapun,saya mengucapkan selamat bekerja kepada MPP kali ini. Saya tahu anda semua sejak awal awal lagi sudah pulang ke kampus untuk merangka bermacam macam agenda untuk kebaikan kampus.Semoga kuat dan sabar menjalankan amanah!





POST NO 7: Mari Mengundi

10 01 2010




POST NO 6 : UMNO JUARA ATAU PENGKHIANAT RAKYAT?

10 01 2010

Semalam UMNO, parti nasionalis terbesar orang Melayu telah melancarkan program besarnya bertajuk “UMNO JUARA RAKYAT”. Program yang dihadiri ‘puluhan ribu orang’ itu dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bertempat di Bukit Sentosa, Hulu Langat.

Program ini adalah ikhtiar UMNO bagi ‘memujuk’ semula rakyat yang marah,geram dan sakit hati dengan tindak tanduknya pada PRU ke-12 yang lalu. Betapa ramai rakyat yang tidak berpuas hati, hatta penyokongnya sendiri ramai yang yang bertindak protes dengan mengundi pembangkang. Kesannya UMNO-Barisan Nasional tewas di Selangor,Wilayah Persekutuan,Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.

Tidak pernah terbayang difikiran betapa rakyat marah kepada parti nasionalis ini. Rakyat benar benar dahagakan satu pembaharuan. UMNO ketika itu berpecah teruk. Keyakinan ahli kepada Tun Abdullah sangat rendah. Pemimpin UMNO saling mencantas dan berebut menjadi calon PRU. Siapa yang tidak terpilih pula memberikan undi kepada Parti PAS,PKR dan DAP.

Justeru itu, UMNO perlu menarik semula sokongan seberapa cepat yang boleh bagi menjana semula gelombang kekuatan untuk parti itu menang. PRU ke-13 sudah semakin hampir.UMNO nampaknya semakin terdesak untuk memujuk rakyat terbanyak kembali kepangkuan parti itu. Tidak hairanlah Dato Seri Najib cuba membawa sedikit kelainan dalam urus tadbirnya. Rakyat didodoikan dengan slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Tapi saya yakin rakyat tidak cepat lupa.Tun Mahathir pernah mendendangkan sajak “Melayu Mudah Lupa”.Sebenarnya UMNO lah yang pelupa,tapi bukan rakyat. Jika rakyat lupa sekalipun, begitu ramai pemimpin lawan yang akan ‘mengingatkan’ mereka.Rakyat sebenarnya masih berdendam dengan UMNO. Walaupun kemarahan mereka nampak sudah reda, namun dendam masih ada.

Saya menjangkakan kejatuhan UMNO-BN yang lebih teruk dimasa depan akibat rampasan kuasa di Perak.Perlu diingati semula kata kata Husam Musa,AJK Pas Pusat bahawa UMNO-BN akan ditolak secara “total” di seluruh semenanjung sekiranya berterusan enggan untuk membubarkan dun dan mengadakan pilihanraya semula di Perak.Banyak lagi perkara yang menjadikan rakyat terus berdendam.Serangan berterusan ke atas Kerajaan Kelantan,keengganan memberi semula royalti minyak kelantan,SPR yang seakan akan diperalat,SPRM yang suka mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat atas tuduhan kecil tapi sepi dengan tuduhan berprofil tinggi terhadap pemimpin pemimpin UMNO,kehilangan enjin jet pejuang,kematian dalam tahanan polis,Kematian A Kugan,Teoh Beng Hock dan macam macam lagi.

Jadi sama sama kita saksikan sejauh mana keberkesanan program “UMNO Juara Rakyat” ini mampu untuk mengubah segala imej negatif yang terpalit di wajah mereka.Saya kaget kerana PAS nampaknya juga mahu menjadi juara rakyat dalam kempennya “UMNO Pengkhianat Rakyat”. Kempen besar besaran ini bakal menyaksikan segala kebobrokan UMNO kepada rakyat selama 5o tahum memerintah negara. Saya yakin PAS ada dokumen yang lengkap berkenaan hal ini.

Jadi biarkan rakyat menilai.Ini baru informasi seimbang. Rakyat pasca PRU ke-12 kini sudah semakin matang menilai maklumat. Jadi UMNO dan PAS silakan berentap merebut sokongan rakyat.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.